Wednesday, November 5, 2008

A Thousand Splendid Suns

A Thousand Splendid Suns - buku terbaru karya Khaled Hosseini

Saya tertarik membaca buku ini setelah membaca "The Kite Runner"..
Agak tebal, tidak dapat dihabiskan sepanjang flight ke Doha.. dengan kebisingan tangisan anak-anak Arab dan sakit hati melihat seorang Islam dari Midd-East yang tanpa segan-meminum wiski..

Buku ini menovelkan penderitaan 2 orang wanita Afghanistan - Maryam dan Lai
la.. dari dua generasi, latarbelakang dan pendidikan yang berbeza. Pengarangnya mengaitkan sejarah Afghanistan dari zaman beraja awal 60an, Soviet 1980an sehingga Taliban 1990an- kesemuanya selama lebih 3 dekad, dengan latarbelakang pergolakan politik Afghanistan. Pengarang menukilkan bagaimana mereka menjalani hidup di setiap zaman dengan kesukaran, emosi, penderitaan, kasih sayang dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh manusia dalam mencapai sesuatu yang didambakan (sound familiar.. hmm).

Saya tidak ingin mengulas pandangan penulis mengenai politik/pemerintahan tersebut.. kerana beliau sekarang menetap di US.. anda harus membaca latarbelakang pengarangnya, untuk mengetahui latarbelakang perspektif atau pandangan seseorang mengenai sesuatu.. tidak perlu bias... berlapang dada sentiasa.

Novel ini.. kebanyakannya membawa kesedihan dan keinsafan..
- begitu sukar menjadi wanita di Afghanistan..penderitaan dan pengalaman mereka "exce
ptional"
- taraf hidup, kebangsawanan dan kekayaan memisahkan manusia
- gadis muda dipaksa berkahwin orang tua, bermadu, duduk serumah
- dipukul, dihina, dinafikan hak berpendidikan
- it is a very gripping tale.. on female suffering and endurance
- disebalik semua itu.. Maryam merasakan dia bahagia dan diberkati.. Masya ALLAH..
- bagaimana akhirnya keadaan menyatukan hati yang berlainan
- saya berharap lebih ramai lelaki membacanya, kekejaman sebenarnya hanya dilakukan insan tidak bermaruah.. "loser"..

Ia mengajar sedikit sebanyak realiti kehidupan di Timur Tengah, sifat lelaki terutamanya.. hmm..tidak terkejut nanti diLAYAN seperti 2nd Class citizen... contohnya - penat kita que untuk confirm tiket, tok arab potong que, buat tak nampak je..kalau sekadar baris 10 min ok, ni dah sejam!!

Saya jua belajar memahami kenapa wanita dari sini kurang senyum...walaupun mungkin kurang tepat telahannya sekurang-kurangnya saya berlapang dada.. dan menerima dengan hati terbuka "pandangan pelik" sekumpulan jemaah haji wanita dari "Gujerat" semasa solat di surau Airport Bahrain.. 10 minit saya senyum, barulah makcik-makcik membalas senyuman..

Sesungguhnya ALLAH menjadikan kita berbangsa-bangsa supaya saling mengenali, dan menyedari besarnya KekuasaanNya.. Novel ini membuka perspektif pandangan saya terhadap dunia sebelah sini.. agar lebih memahami dan "tolerate" dengan perlakuan manusia sehaari-hari..

"kita tidak diberikan ilmu kecuali sedikit"

No comments: